Total Pageviews

Mengenai Kami

SEJARAH & LATAR BELAKANG FURCHANGE INC.




ALAMAT HQ FURCHANGE AMERICA INC:

415 East Southlake Blvd.

Suite 100, Southlake, TX 76092 United State

Tel No: 817-251-9197 ( USA Only )

Tel No: 855-828-9970 ( Toll Free )

Email: customersupport@furchangeamerica.com

Website Koperat: http://furchange.com

Website Furchange Amerika: http://furchangeamerica.com


PEJABAT FURCHANGE MALAYSIA DI KL DALAM PEMBINAAN:



 FURCHANGE ( M ) SDN BHD

Unit E - 3A - 5, Level 3A Block E, Pusat Komersial Southgate,

No 2 Jalan 2 Off Jalan Chan Sow Lin,

57100 Kuala Lumpur

 .............................................................................................



FurChange merupakan inspirasi Mr Bai Feng, seorang peniaga yang genius. Asalnya beliau cuma seorang operator mesin biasa tapi akhirnya menjadi seorang senior eksekutif  di sebuah syarikat gergasi.  Sebagai seorang yang sering jelajah dunia, Bai Feng memahami halangan yang dihadapi kebanyakan orang dalam dunia perniagaan. Beliau kemudian cuba mencari suatu kaedah baru untuk mengatasi kepayahan dalam masyarakat awam. Visi beliau adalah untuk mencipta sebuah jalan menuju kemakmuran yang panjang dan berkekalan, menyediakan satu peluang bisnes sebenar yang boleh dijalankan dari rumah, satu peluang niaga mudah yang menjanjikan keuntungan berasaskan produk yang mempunyai nilai luar biasa serta permintaan yang tinggi di pasaran.

 

 “Terdapat sebilangan individu dan orang tertentu yang bercita-cita untuk menjadi sangat kaya dan mencari kemewahan dalam hidup” jelas Bai Feng. “Bagi orang-orang tersebut, kami akan menyediakan satu plaform paling berkesan dan pantas untuk mencapai matlamat. Namun apa yang diinginkan oleh hampir kebanyakan orang adalah sesuatu yang lebih sederhana iaitu kebebasan kewangan, untuk bebaskan diri dari kesempitan hidup. Mereka ini mengharapkan adanya jaminan kesenangan dan keselamatan dalam kehidupan harian mereka. FurChange adalah paltform yang kami ciptakan untuk setiap orang ini.

Bai Feng mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kesihatan alami dan perawatan kulit yang kemudiannya dimanipulasikan ke dalam impian dan harapan ini. Diawal penyelidikannya di seluruh dunia, beliau telah menetapkan tiga kriteria utama untuk rangkaian produk FurChange iaitu kualiti yang tidak diragukan, keistimewaan dan keunikan produk serta sesuatu yang mempunyai permintaan global yang tinggi. Merealisasikan perkara ini, maka kita dapat melihat produk awal dari FurChange adalah untuk penyelesaian masalah kesihatan serta kecantikan.

FurChange merupakan satu syarikat yang bervisi jelas. Bai Feng serta pimpinan syarikat telah menetapkan slogan utama syarikat, iaitu “ Kepribadian, Kecepatan dan Kebebasan ”. Visi Furchange adalah untuk membantu orang-orang di seluruh dunia untuk mencapai potensi penuh mereka dalam hal berhubung kewangan, kesihatan dan kebajikan secepat mungkin. FurChange akan memastikan bahawa kualiti terbaik yang dihasilkan oleh pengusaha dan peniaga-peniaga syarikat akan dilindungi dan terpelihara.

 .

ALAM BERTEMU DENGAN ILMU PENGETAHUAN

Kesihatan yang sesungguhnya terlihat dari penampilan kita, dari cahaya kulit kita, dari cemerlangnya mata kita, dan dari percikan vitalitas yang memberikan makna nyata kepada kata “kesihatan”. Menciptakan kesihatan dari dalam memerlukan keperluan asas, iaitu: nutrisi yang cukup dan seimbang. Ketika ini, kebanyakan orang tidak mencapai keseimbangan tersebut. Untuk memenuhi keperluan ini, FurChange telah bekerja sama dengan beberapa ahli nutrisi top di dunia, untuk membuka rahsia alam semula jadi bagi kesihatan dari dalam. Hasilnya akan terlihat dari serangkaian produk-produk baru dan menarik pada masa akan datang.

Untuk permulaan, FurChange dengan bangganya memperkenalkan yang terbaik iaitu produk Oracai dimana pelancaran produk ini akan dilakukan di Malaysia. Banyak produk-produk yang lebih bagus lagi sedang dipersiapkan di laboratorium, kerana FurChange bersungguh untuk memberikan kesihatan dan kecantikan kepada para pelanggannya, disamping menawarkan ganjaran menarik dan terbaik kepada para usahawan yang membantu memperkenalkan produk-produk Furchange kepada orang ramai.

.

FURCHANGE - INI ADALAH SYARIKAT ANDA

Bai Feng melahirkan FurChange untuk memenuhi keperluan orang-orang biasa. Beliau menyedari bahawa untuk menawarkan peluang bisnes dari rumah (home abse business) memerlukan tanggung jawab yang besar, dan beliau telah menetapkan satu standard yang tanpa kompromi. Pertama, bisnes tersebut haruslah menawarkan peluang yang sama rata kepada setiap orang yang menyertainya, tidak peduli apa pun latar belakang mereka, status pendidikan atau kedudukan pribadinya. Kedua, bisnes tersebut harus berpanjangan dan berkesinambungan, dengan semua sumber kekuatan kewangan untuk menjamin masa depan jangka panjang. Ketiga, bisnes tersebut harus menyediakan ganjaran yang sewajarnya, satu pelan imbuhan yang benar-benar menghargai sumbangan setiap orang yang berusaha untuk memajukan diri serta membina syarikat. Terakhir, syarikat tersebut haruslah berskala global (internasional), menyediakan ruang pasaran tanpa batas bagi setiap ahli agar mereka berpeluang mencapai pendapatan lumayan dan maksimum.

Ketika ini, semua dasar ini sudah ada di tempatnya, meletakkan FurChange selangkah di hadapan berbanding syarikat pesaing lain. Skala sumber kewangannya, kekuatan pasukan pengurusannya, kualiti produknya serta kekuatan nilai-nilai yang disemai didalam syarikat ini, kelak akan menjadikan FurChange sebagai pemimpin utama dalam industri Multi Level Marketing.

Pesanan Bai Feng kepada para Pimpinan Utama FurChange adalah jelas, iaitu: “Ini adalah syarikat Anda. Kami di sini bersedia untuk mendengar dari Anda, untuk memenuhi keperluan Anda dan menjaga kebajikan dan sumber perolehan Anda”.
.
LANGKAH SELANJUTNYA

Bagi mereka yang memahami visi tersebut, ini merupakan detik yang luar biasa. FurChange menawarkan peluang sekali dalam seumur hidup untuk menyertainya dalam melahirkan satu bisnes global. Sebagai Pimpinan Utama FurChange, Anda dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan diri anda serta keluarga dan janji FurChange adalah kekayaan serta kesihatan - 2 In 1.

Misi FurChange adalah berkhidmat untuk dunia ke arah kesihatan dan kecantikan, serta memberikan kesempatan kepada setiap orang untuk hidup sempurna dan mencapai potensi diri sepenuhnya. Melalui sistem bisnes yang sederhana namun kuat, kami menggalakkan Pimpinan Utama untuk merealisasikan impian mereka, sambil membantu dan memoyivasikan orang lain untuk melakukan perkara yang sama. Bisnes kami didasarkan pada produk yang unik dan kualiti yang tinggi, produk yang secara jelas dapat meningkatkan kehidupan para pengguna kami.

Visi kami bersifat global, namun fokus kami tertumpu pada setiap individu. Setiap ahli dalam keluarga FurChange sangatlah penting bagi kami, dan setiap Distributor akan mendapat kehormatan, sokongan dan galakan dari pasukan pnegurusan tinggi kami. Dengan berkomitmen pada pertumbuhan berterusan untuk jangka panjang, FurChange menjanjikan harapan baru, kesempatan baru untuk Kekayaan Dan Kesihatan.